kehidupan Soroku Murata

Soroku Murata dilahirkan pada 4 Mac tahun 1927, di Oi-machi, Ebara-gun, Tokyo . [2] [3] Beliau telah lulus dari Sekolah Menengah Rendah Dokkyō dengan kedudukan dalam kelas ke-55. [2] [3] [4]

Murata mengambil langkah mengikuti bapa saudaranya untuk mejadi pekerja kilang sebagai usaha untuk mengelakkan diri daripada didaftarkan menjadi askar semasa Perang Dunia II. Semasa bekerja, dia telah menunjukkan bakatnya dalam kemahiran pertukangan dan disebabkan itu beliau ditugaskan untuk pertukangan logam. [5] [6] Selepas perang dunia tamat, beliau telah menjadi ahli untuk beberapa kumpulan muzik seperti Kyoto Opera Company Orkestra pada tahun 1947, Dewan Tarian Shimbashi Florida pada tahun 1949, dan Orkestra Hospital di Kelab Pegawai Tentera Amerika. Walau bagaimanapun, selepas perang dunia kedua tamat, ramai ahli pemuzik profesional telah selesai dengan perkhidmatan perang mereka dan kembali menyertai semula kelab kumpulan muzik. Disebabkan itu, dia telah kehilangan pekerjaannya. [2] [3] [7]

Pada tahun 1951 beliau menjadi otodidak (belajar sendiri) dalam kemahiran pembuatan biola serta pembaikan. [2] Dia mempelajari cara penggunaan alatan profesional daripada Mitsugu Ōta yang merupakan seorang tukang kayu pada masa itu yang kemudiannya pakar dalam membuat papan bunyi piano. [8]

Pada tahun 1955, beliau menyertai kumpulan penyelidikan Noboru Nagasako di Institut Teknologi Tokyo untuk belajar akustik untuk pembuatan biola. [3] Pada tahun 1962, dengan sokongan Nagasako [3] dan Alfred Leicht, seorang pembuat biola dari Berlin sebagai penjamin, [9] dia mendaftar di Staatliche Musikinstrumentenbauschule, sebuah sekolah pertukangan alat muzik di Mittenwald, Bavaria. Sebagai orang Jepun yang pertama di sekolah tersebut, Murata lulus peperiksaan tokoh tukang biola pada tahun 1963, dan kemudiannya kembali ke Jepun pada tahun 1964. [2] [3] [9]

Pada tahun 1956, beliau telah menjadi salah seorang ahli lembaga Persatuan Pengilang Instrumen String Jepun. [2]

Murata juga telah menjadi ahli Persatuan Pembuat Violin Jerman (VdG) pada tahun 1968. Beliau merupakan orang Jepun yang pertama yang berbuat demikian. [10]

Pada tahun 1974, beliau telah ditugaskan oleh Persatuan Gagaku Jepun untuk memulihkan kecapi Kugo, [5] sebuah alat muzik kecapi yang digunakan pada konsert awam ke-13 Persatuan di Teater Kebangsaan pada 17 Disember tahun yang sama. Bunyi kecapi dari kecapi Kugo tersebut tidak kedengaran selama 1200 tahun sebelumia dibaiki oleh Murata. [11]

Pada tahun 1976, beliau memenangi pingat emas dalam pertandingan membuat biola anjuran Persatuan Violin Amerika sempena Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ke dua ratus. [3]

Pada 2 April tahun 1979, Murata telah membuka sebuah Sekolah Pembuatan Violin di Tokyo. Sekolah tersebut terletak di rumah persendiriannya, untuk melatih penggantinya. [3] [12]

Pada tahun 1986, beliau merupakan orang pertama dari Asia yang menjadi ahli Entente International des Luthiers et Architiers (EILA, singkatan untuk Persatuan Pembuat Violin dan Bow Antarabangsa. Bahasa asal: Entente Internationale des Maitres Luthiers et Archetiers d'Art (EILA) ). [13]

Beliau merupakan ahli juri tetap untuk Pertandingan Membuat Violin Antarabangsa Prague (tahun 1986-1993), Pertandingan Membuat Violin Antarabangsa Henryk Wieniawski (tahun 1986-2001), Pertandingan Tchaikovsky Antarabangsa (tahun 1986-2002), Pertandingan Rentetan Antarabangsa Sofia (tahun 1987-1996), dan ahli juri Pertandingan Long-Thibaud-Crespin pada tahun 1990. [9]

Pada Julai tahun 1998, beliau telah menjadi ahli kehormat untuk Persatuan Pembuat Instrumen String Jepun. [9]

Pada Mac tahun 2007, pada usia 80 tahun, dia telah menutup sekolah pembuatan biolanya di Tokyo. [9]

Pada 30 Januari tahun 2020, beliau telah meninggal dunia akibat penyakit kanser. Beliau berusia 92 tahun semasa beliau meninggal dunia. Upacara pengebumian beliau telah diadakan pada 6 Februari tahun yang sama. [1] [14]